the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Armizan: MYCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya terbukti wujud aktiviti kartel dalam industri padi dan beras negara.

Menterinya ,Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.

“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Namun, jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, kita terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC,” katanya pada media selepas menghadiri Sesi Dialog Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri ,Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa cadangan pelaksanaan beras putih Malaysia MADANI, mampu mengekang industri beras negara daripada kawalan pihak kartel.

Semalam, Anwar berkata cadangan untuk melaksanakan beras putih Malaysia MADANI akan diteliti dan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Jumaat ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings