the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jakoa: Jambatan runtuh, usang di Kuala Betis siap dibaik pulih

GUA MUSANG: Dua jambatan usang serta sebuah jambatan runtuh di sepanjang laluan menuju ke Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis telah dibaik pulih semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu Zarina Razlan berkata jambatan terbabit ialah Jambatan Sungai Bawik, Jambatan Sungai Kaled dan Jambatan Sungai Pusar.

Beliau berkata berikutan itu masyarakat Orang Asli yang tinggal di lokasi berkenaan sudah boleh menggunakan jambatan yang telah dibuka kepada semua kenderaan.

“JAKOA dengan kerjasama Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud telah mengadakan rundingan bersama pihak kontraktor balak dan syarikat kebun durian Musang King yang beroperasi di kawasan terbabit.

“Tindakan membaik pulih jambatan dilakukan oleh dua pihak berkenaan memandangkan laluan itu turut dilalui oleh kenderaan berat daripada ketiga-tiga syarikat balak, ladang sawit dan kebun durian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Penghulu RPS Kuala Betis (Blok A) Rozi Asod, 50, berterima kasih kepada JAKOA yang menjadi pemudah cara bagi membantu penduduk mendapatkan jambatan yang lebih selamat dan kukuh untuk dilalui.

“Kita harap ia mampu bertahan dalam tempoh lebih lama dan tidak mudah rosak setiap kali berlaku hujan lebat seperti sebelum ini,” katanya.

Pada 14 Dis lalu, penduduk dari sembilan kampung di RPS Kuala Betis (Blok A) terpaksa menggunakan tiga jambatan kayu balak usang sebagai laluan utama keluar dan masuk ke penempatan itu.

Selasa lepas, satu daripada jambatan terbabit terpaksa digantikan dengan jambatan daripada buluh selepas ia runtuh akibat banjir. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings