the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jalan dinaiki air, lelaki bermotosikal nyaris hanyut di Mersing

MERSING: Seorang lelaki yang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Kilometer 34 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Pegawai Bomba Kanan II KUP Arwan Abdullah berkata mangsa yang berusia 23 tahun itu, telah dibawa arus deras dan hanyut sejauh tujuh meter pada kedalaman air 1.5 meter.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat seorang lelaki dewasa dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan yang telah dinaiki air banjir dengan menaiki motosikal.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak menggunakan tali menyelamat untuk menarik mangsa ke kawasan selamat dan mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 pagi, sebelum sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota, digegaskan ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira 8.22 pagi tadi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings