the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sentiasa adakan libat urus, pastikan PITA 1967 kekal relevan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa mengadakan libat urus dengan syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petronas dan juga pemain antarabangsa bagi memastikan sistem Cukai Pendapatan Petroleum (PITA 1967) kekal relevan kepada industri huluan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying (pix).

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa semakan untuk menyemak semula PITA 1967.

“Kajian juga dibuat dengan melihat amalan percukaian terbaik di luar negara dan sudut hasil kepada negara,” katanya semasa menggulung Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2023, di Dewan Negara, hari ini.

Mana-mana organisasi yang menjalankan operasi utama petroleum di negara ini akan dikenakan PITA 1967.

Sejak 2010, sistem taksiran di bawah PITA telah berubah kepada berasaskan tahun semasa dan sistem taksiran sendiri. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings