the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN P.Pinang sita karya muzik salinan langgaran bernilai lebih RM89,000

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah pusat hiburan di sini dan menyita karya muzik yang disyaki salinan langgaran serta pelbagai peralatan kesemuanya bernilai RM89,500, semalam.

Pengarah berkenaan S.Jegan (gambar) berkata sepasukan penguat kuasa menyerbu premis tersebut bersama empat wakil hak cipta susulan aduan dan risikan yang dijalankan pihaknya.

“Hasil serbuan menemukan perisian karya muzik dan kita turut menyita set karaoke yang mengandungi beberapa jenis perisian karya muzik disyaki salinan langgaran, mikrofon, amplifier, pembesar suara dan televisyen,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik pusat hiburan itu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings