the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laut China Selatan: Malaysia komited penyelesaian secara aman

MELBOURNE: Malaysia sebagai negara penuntut berhubung konflik Laut China Selatan, komited terhadap penyelesaian pertikaian secara aman selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Menyedari sensitiviti dan kerumitan isu itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata Malaysia yakin semua pihak perlu mengamalkan kawalan kendiri dalam menjalankan aktiviti dan mengelakkan tindakan yang boleh merumitkan lagi keadaan.

“Kita harus terus mengekalkan Laut China Selatan sebagai laut yang aman, stabil dan perdagangan,“ katanya pada sesi pemukiman Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu.

Berhubung Myanmar, Anwar berkata krisis yang memasuki tahun keempat itu amat membimbangkan dengan sedikit tanda kemajuan.

Beliau berkata Malaysia kekal komited terhadap Kajian dan Keputusan Pemimpin ASEAN mengenai Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara untuk memudahkan rakyat Myanmar mencari penyelesaian aman dan berkekalan terhadap krisis di negara itu.

Beliau berkata Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Laos dan Indonesia melalui mekanisme Troika bagi memastikan kesinambungan dalam usaha menamatkan krisis di Myanmar.

Malaysia juga menghargai sokongan konsisten Australia terhadap usaha ASEAN dan Konsensus Lima Perkara termasuk bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada rakyat Myanmar, katanya.

Mengulangi ASEAN dan Australia berkongsi visi untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini dan seterusnya, Anwar berkata bersama-sama, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan penting dan menyumbang melalui menggalakkan dialog dan kewujudan bersama secara aman.

“Marilah kita bekerjasama untuk memperbaharui mekanisme yang diterajui ASEAN, meneruskan penyelesaian inklusif dan menyokong keamanan mampan. Bersama-sama kita boleh membentuk masa depan yang lebih harmoni, selamat dan lebih baik untuk semua,“ katanya sambil menambah bahawa Malaysia komited untuk memainkan peranan konstruktif dan bermakna. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings