the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: MOT sasar 40,000 pemandu teksi dilindungi Perkeso tahun ini

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyasarkan 40,000 pemandu teksi di negara ini diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial buat golongan ini.

Menterinya Anthony Loke (gambar) berkata inisiatif itu juga bagi menjaga kebajikan pemandu teksi yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan veteran Angkatan Tentera.

“Mereka ini kalau ikutkan tiada perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso…kalau jadi apa-apa pada mereka, sekurang-kurangnya inisiatif yang kami berikan ini dapat beri perlindungan kepada golongan ini.

“Inisiatif ini adalah antara usaha kami untuk bantu rakyat dengan hasil kutipan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) selama ini yang manfaatnya diberikan semula kepada rakyat,” katanya pada sidang media NPI hari ini.

Loke bagaimanapun berkata perincian mengenai skim caruman tersebut hanya akan diumumkan selepas memperoleh kutipan hasil bidaan NPI bagi siri GOLD yang akan berakhir pada 5 Feb.

“Kami sudah ada angka dan kami juga tahu implikasi kewangan yang bakal terlibat…perinciannya akan diumumkan selepas bidaan siri GOLD selesai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata tunggakan pengeluaran lesen memandu akan ditangani segera dan perinciannya akan dimaklumkan kelak.

“Kami memang tahu ada banyak kes tunggakan lesen memandu, kami akan tanganinya dan percepatkan proses itu…dan kami sudah ada perbincangan dan antara pendekatannya ialah E-Testing yang akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina.

“Kami juga akan beri insentif untuk percepatkan proses ini, saya tidak mahu umumkan dahulu, ada sedikit perincian kena buat, selepas Tahun Baharu Cina saya akan turun ke satu akademi memandu dan kami akan beri perincian,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings