the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai SPRM: Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai Penyiasat SPRM Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata pihaknya mengambil rakaman percakapan secara naratif dan saksi (Najib) diberi peluang untuk memberikan penjelasan.

Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang membangkitkan persoalan bahawa bekas perdana menteri itu tidak ditanya apa-apa soalan, ketika beliau ditunjukkan dua dokumen mengenai perolehan Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wan Azwan Aiman mencadangkan kepada saksi bahawa ketika dokumen itu dirujuk kepada anak guamnya, Najib tidak disoal mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan keadaan keseluruhan membabitkan dokumen berkenaan.

Nur Aida menjelaskan bahawa pegawai penyiasat SPRM tidak meletakkan soalan spesifik ketika mengambil kenyataan Najib.

“Tetapi apabila kita merujuk (kepada dokumen), kita meminta Najib menjelaskan secara penuh mengenai dokumen yang dirujuk, termasuk tindakan dan perkara berkaitan keseluruhan isu.

“Kita tanya soalan dan kita akan rakam dengan cara naratif dan saksi atau OKT (Orang Kena Tuduh), diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci. Saya percaya ada soalan yang ditanyakan kepada Najib apabila dokumen ditunjukkan kepadanya,” kata saksi.

Nur Aida juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa SPRM tidak membawa kepada perhatian Najib, berkenaan dua dokumen terbabit dan pada masa yang sama tidak menjelaskan apakah pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya.

Wan Azwan Aiman: Adakah Datuk Seri Najib dijelaskan bagaimana kedua-dua dokumen itu selari dengan pertuduhan terhadapnya?

Nur Aida: Secara spesifik, tidak ada.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok (Sabtu).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings