the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja gudang didakwa halang tugas polis trafik,tunggang motosikal secara bahaya

SHAH ALAM: Seorang pekerja gudang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menghalang tugas seorang anggota polis trafik dan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya ketika operasi sekatan jalan raya, 3 Dis lepas.

Bagi pertuduhan pertama Muhammad Khairul Syazwan Sulaiman, 22, didakwa sengaja menghalang Koperal Ahmad Haizaki Salimon daripada menjalankan tugasnya sebagai Penguat Kuasa Kawalan Lalu Lintas Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Lelaki itu dituduh enggan memberikan kerjasama ketika diarah memberhentikan motosikal yang ditungganginya bagi tujuan pemeriksaan dalam operasi polis yang diadakan dari arah Hotel Mardhiyyah ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam pada 12.30 tengah malam, 3 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Khairul Syazwan didakwa menunggang motosikal secara berbahaya kepada orang awam di Persiaran Sultan menghala Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira pada waktu dan tarikh yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda sehingga RM15,000.

Peguam Shalehhuddin Salam memohon penangguhan dijatuhkan hukuman kerana anak guamnya masih menjalani rawatan di Hospital Shah Alam, akibat rempuhan yang berlaku semasa operasi berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian menawarkan jaminan RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 untuk pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, Shalehhuddin memohon jaminan tersebut dikurangkan kerana anak guamnya sudah mengaku bersalah.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan serta menetapkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 7 Feb tahun depan untuk menjatuhkan hukuman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings