the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendekatan, penyelesaian baharu dicari selesai isu sempadan KL-Selangor

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata pendekatan dan penyelesaian baharu akan dicari bagi mengatasi isu persempadanan kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung perkara berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Terdapat 26 kawasan pertindanan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang dikenal pasti.

“Duduk berbincang dan mencari penyelesaian bersama adalah yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini,“ katanya kepada pemberita selepas Sesi Temu Rapat Dr Zaliha bersama warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata antara permasalahan yang timbul dan menjadi aduan susulan isu persempadanan itu berkaitan bayaran cukai taksiran dan penyelenggaraan kawasan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyebabkan kesukaran kepada masyarakat.

Terdahulu, Dr Zaliha menghadiri sesi temu rapat selama 90 minit bersama 218 peserta termasuk wakil Majlis Perwakilan Penduduk untuk mendengar permasalahan dihadapi warga kota.

Antara isu dan persoalan yang dibangkitkan dalam sesi itu ialah pelaksanaan bandar raya pintar, masalah longkang dan saliran, kesesakan lalu lintas serta parkir.

“Isu berkaitan polisi akan kita beri perhatian lebih mendalam dan perlu dilihat secara menyeluruh serta bersepadu bersama kementerian dan agensi lain,“ katanya yang bercadang mengadakan perjumpaan secara berkala bersama Ahli-ahli Parlimen di ibu kota.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata pihaknya masih meneliti pengisian program sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50 pada 1 Feb ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings