the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia berpotensi jadi destinasi antarabangsa

CYBERJAYA: Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Malaysia berpotensi menjadi destinasi antarabangsa untuk menangani ancaman siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Beliau berkata pusat itu yang dilancarkan hari ini boleh menjadi medan pertemuan antara universiti Malaysia dan Kanada, institusi penyelidikan dan pekerja mahir untuk berkongsi pengetahuan, maklumat ancaman dan membangunkan bersama kaedah dan strategi untuk memperkukuh daya tahan siber negara dan serantau.

“CCoE adalah satu pencapaian penting dalam usaha kita ke arah mewujudkan ekosistem keselamatan siber yang teguh, yang memerlukan perkongsian kukuh merentas sektor awam dan swasta.

“Kita boleh bekerjasama untuk membangunkan rancangan yang menggalakkan perkongsian maklumat dan pertukaran kepakaran antara agensi kerajaan, dan pihak berkepentingan lain termasuk berkongsi maklumat ancaman yang boleh diambil tindakan ke arah persekitaran digital yang lebih selamat,“ kata beliau dalam ucapannya selepas merasmikan pusat kecemerlangan itu, di sini, hari ini, secara kerjasama dengan Blackberry Ltd.

Majlis hari ini merupakan susulan daripada perjanjian perkhidmatan perisian jangka panjang yang dimeterai antara syarikat perisian Kanada itu dengan Malaysia semasa Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di San Francisco pada November tahun lepas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings