the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi lambat bertindak siasat kes Zayn Rayyan

PETALING JAYA: Polis menafikan lambat bertindak dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (gambar) sebaliknya menegaskan pihaknya telah bertungkus lumus mengesan Zayn Rayyan sejak hari pertama dilaporkan hilang sehingga membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak malang berkenaan dan semua pihak boleh menilai usaha yang dilakukan sepanjang siasatan.

“Sejak hari pertama laporan diterima, semua pihak bertungkus lumus, polis sudah buat yang terbaik, malah kita secara terbuka memaklumkan perkembangan siasatan serta menyeru pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hari ini.

Mengulas lanjut siasatan kes berkenaan, Hussein berkata pihaknya telah melihat dari pelbagai sudut termasuk teknikal untuk mengesan suspek pembunuhan anak sulung kepada pasangan Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan itu.

Beliau berkata antaranya melibatkan alamat protokol Internet yang dikesan di lokasi penemuan mayat serta cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dihantar ke Polis Antarabangsa (Interpol), namun masih tidak dapat membantu memberikan bukti jelas suspek yang terlibat dalam pembunuh itu.

Pada 6 Dis lepas mayat Zayn Rayyan,6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelbagai usaha mengesan pelaku jenayah berkenaan telah dilakukan, bagaimanapun sehingga kini pembunuh Zayn Rayyan masih belum berjaya dikesan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings