the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.

Peguam K.Sagana mewakili pasangan suami isteri berkenaan manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mewakili pendakwaan.

Seorang daripada peguam Zizie Izette, Teh See Khoon mengesahkan tarikh sebutan itu ketika dihubungi Bernama.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dibebaskan pada 7 Sept tahun lepas setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri. Pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 Sept.

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings