the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

KUCHING: Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.

Beliau berkata penempatan itu adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak.

“Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini hari ini.

Azman berkata demikian semasa mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.

Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings