the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAS siap siaga tangani isu pembakaran terbuka dalam tempoh monsun barat daya Mei-September

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah bersiap siaga dan mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu pembakaran terbuka yang merupakan antara punca menyebabkan kemerosotan kualiti udara dan keadaan jerebu setempat yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Menurut jabatan itu dalam tempoh monsun barat daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

“Dalam tempoh cuaca kering ini, adalah dikhuatiri kejadian pembakaran terbuka akan berlaku peningkatan terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Walaupun tidak dinafikan bahawa pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan kenderaan bermotor turut menyumbangkan kepada kemerosotan udara terutama di kawasan Lembah Klang dan perindustrian, namun daripada analisis dan rekod JAS, ia menunjukkan bahawa pembakaran terbuka biojisim (biomass) adalah punca utama yang menyebabkan jerebu tempatan.

JAS turut memaklumkan beberapa langkah persediaan diambil bagi menangani kejadian kebakaran daripada berlaku, antaranya meningkatkan pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan dron.

JAS berkata tindakan tegas akan diambil bagi kawasan kebakaran yang telah berlaku dan pihaknya akan mengenal pasti pemilik tanah kawasan kebakaran yang terlibat untuk tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Di bawah Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka akan dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

JAS juga meminta orang ramai melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada JBPM di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727, manakala sebarang kes kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan perlu dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Selain itu jabatan berkenaan turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengawal kes-kes kebakaran yang berlaku, selain sentiasa memantau bacaan dan trend Indeks Pencemar Udara (IPU) stesen pengawasan udara dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut.

Katanya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) pada 2 April 2023 yang melibatkan tindakan-tindakan oleh agensi-agensi berkaitan yang melibatkan jabatan dan kementerian lain dalam pemantauan, pencegahan dan pemadaman pembakaran terbuka di dalam negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings