the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor cuti khas peristiwa esok sempena JDT juara Liga Super, negeri juara Sukma

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa, sempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam lain-lain kejuaraan yang disertai JDT pada tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Azmi Rohani berkata pemberian cuti khas peristiwa itu juga, dibuat sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang negeri menjuarai Kejohanan Sukan SUKMA Edisi ke-20 lalu.

Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata ia merupakan kejayaan Johor pertama kalinya semenjak temasya sukan dwi tahunan itu mula dianjurkan pada tahun 1986.

Johor unggul dengan kutipan pingat sebanyak 77 pingat emas, sekali gus melepasi jauh sasaran yang ditetapkan, iaitu 55 pingat emas.

Selain itu, kerajaan negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai oleh pasukan negeri Johor, yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti bola jaring, menerusi Johor Jewels, menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Pasukan sepak takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada Ogos, manakala pasukan ragbi menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan B-21 dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP B-19 Lelaki 2022.

Azmi berkata pemberian cuti itu juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Johor, yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili negeri Johor Darul Ta’zim.

Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa itu, adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369]. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings