the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion ini: Mohd Na’im

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

NILAI: Sektor makanan halal dalam negara dilihat terus berkembang dengan jualan makanan halal di Malaysia dijangka mencecah RM50 bilion pada tahun ini sekali gus berupaya menjadi pusat industri halal global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata untuk tujuan itu pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan bertujuan mempertingkatkan kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Ini termasuk penganjuran Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan seperti ini yang bertepatan dengan semangat yang ingin dibawa iaitu semua pihak berkepentingan bergabung tenaga, usaha dan idea mengangkat agenda kesedaran halal negara kepada masyarakat.

“Kita juga melaksanakan dan memperkasa pelbagai program pendigitalan melalui aplikasi sistem MyeHALAL yang membantu usahawan dalam menjimatkan masa dan menyenangkan proses memohon persijilan Halal Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta melancarkan Sahabat Halal IPT di Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga membangunkan dua aplikasi halal Malaysia iaitu SmartHalal dan Verify Halal yang menjadi rujukan pengguna dan industri bagi memperoleh info berkaitan pensijilan halal negara.

Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Halal IPT akan bertindak sebagai jurucakap kepada JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri bagi memberikan penjelasan dan ilmu tepat berkaitan isu dan pengurusan halal dalam negara khususnya kepada komuniti pelajar.

“Dalam konteks ini kita nak sampaikan dakwah dengan pelbagai cara terutama melalui media sosial, anak-anak muda mereka pakar teknologi, jadi saya harapkan dengan ilmu tentang pengurusan halal itu dapat dioptimumkan contohnya melalui penggunaan tik tok yang lebih rapat dengan mereka.

“USIM sebagai perintis dan harap banyak lagi institusi pengajian tinggi termasuk swasta akan sertai. Kita membangunkan satu model yang seragam…Kita harapkan USIM menjadi pusat penyelarasan dan membangunkan modul untuk latih Sahabat Halal IPT,” katanya menambah seramai 39 mahasiswa USIM menjadi Sahabat Halal IPT setakat ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan JAKIM dalam masa terdekat akan memperhalusi isu berkaitan waris perlu membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditinggalkan si mati.

“Sebelum perkara ini dibawa Jawatankuasa ke MKI, ia perlu mendapatkan pandangan panel pakar terlebih dahulu, dan dibawa kepada sub jawatankuasa pakar yang akan bincang perkara tersebut. Ia penting diperjelaskan kepada orang Islam bagi mengelakkan salah faham,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Louis Vuitton celebrates 130 years of the Monogram

Louis Vuitton marks the 130th anniversary of its iconic Monogram with the Monogram 130 collection, featuring heritage-inspired small leather goods, seasonal designs and new creations by Pharrell Williams that blend timeless craftsmanship with contemporary luxury.

Hong Kong SMEs accelerate transformation as AI and Northern Metropolis unlock new opportunities, Dah...

A Dah Sing Bank survey found Hong Kong SMEs are accelerating digital transformation, with rising AI adoption and strong interest in opportunities linked to the Northern Metropolis, while capability gaps and resource constraints remain key challenges to broader business transformation.

A SIM guide to comparing graduate salaries and employability in Singapore

SIM outlines how students and parents can evaluate graduate salaries, employability and return on investment by considering employment outcomes, career support, industry pathways and long-term skills relevance alongside data from Singapore's PEI Graduate Employment Survey.

SBI Global Asset Management and DigiFT launch JX, bringing a Japanese asset manager’s equity...

SBI Global Asset Management and DigiFT have launched the JX token, providing institutional and accredited investors with regulated, on-chain access to a Japanese high-dividend equity strategy, marking the first tokenized listed-equity fund from a Japanese asset manager.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings