the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Keadaan banjir di Kelantan terkawal walaupun mangsa meningkat

Lebih 5,300 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan ke pusat pemindahan, JBPM terus pantau keadaan dan lakukan operasi menyelamat

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan dilaporkan masih terkawal walaupun jumlah mangsa terus meningkat.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Aswafaizole Abdul Wahab berkata pihaknya terus berwaspada dan mempergiat pemantauan.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 5,394 mangsa banjir kini berlindung di 26 pusat pemindahan sementara setakat 3.21 petang.

“Sejak Bilik Gerakan Operasi Negeri dibuka pada 8 malam tadi, pasukan bomba telah menyelamatkan 78 mangsa dalam tempoh 12 jam,” katanya.

Aswafaizole berkata kesemua mangsa diselamatkan selepas paras air di kediaman mereka meningkat.

“Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan akan segera ke lokasi bagi operasi menyelamat,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Operasi Negeri di JBPM Tunjong.

Beliau menasihati orang ramai mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan paras air melalui laman sosial jabatan kerajaan.

Masyarakat juga diminta mematuhi arahan berpindah jika diperlukan.

Bilik Gerakan Operasi Negeri yang diaktifkan malam tadi kini dikendalikan oleh lebih lima anggota.

Pasukan ini beroperasi di bawah seliaan seorang pegawai kanan.

“Pasukan ini bertugas memantau perkembangan cuaca, menyelaras pergerakan aset dan pasukan tindak balas serta mengendalikan panggilan kecemasan di seluruh negeri,” jelasnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dah Sing Bank Reinforces VIP Banking’s Insight-led, Holistic Wealth Management Proposition

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("the Bank") today introduced its new VIP Banking campaign, "Intelligent Wealth Solutions ∙ Unlocking New Opportunities ("智策 新機遇"), which underscores the Bank's commitment to empowering affluent and high net worth customers navigate an increasingly dynamic investment market.

RMB Capitalworks Launches Hybrid Fund Targeting High-Growth Indian Mid-Market Businesses

MUMBAI, INDIA - EQS Newswire - 4 February 2026 - RMB Capitalworks, a joint venture between RMB (www.RMB.co.za), a leading African corporate and investment bank and Capitalworks, a leading Emerging Markets alternative asset manager, has announced the launch of its innovative hybrid fund aimed at high-growth mid-market businesses in India.

Sipzz Opens Second Flagship Store at Paradigm Mall, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Following the success of its first flagship store at Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sipzz, the Gen‑Z lifestyle tumbler brand, is opening its second flagship store at Paradigm Mall, Johor Bahru.
spot_img

Popular Categories