the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan persekutuan sokong cadangan pembinaan jambatan Labuan-Sabah

LABUAN: Kerajaan Persekutuan hari ini menzahirkan sokongan terhadap cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Pulau Labuan dan tanah besar Sabah yang sudah lama tertangguh sementara menunggu laporan komprehensif mengenai implikasinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata justeru itu, kajian teknikal sedia ada berhubung cadangan itu perlu dikemas kini untuk memberikan gambaran sebenar mengenai keadaan semasa.

“Pembinaan jambatan ini adalah sebuah projek mega yang memerlukan persiapan rapi… saya telah dimaklumkan bahawa terdapat kajian teknikal yang boleh digunakan sebagai garis panduan.

“Bagaimanapun, pakar telah menyatakan bahawa kajian itu tidak boleh digunakan secara keseluruhan dan perlu ditambah baik serta disesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Feri Roll-on Roll-off di sini hari ini.

Sepanjang lawatan kerja beliau ke pulau bebas cukai itu, Anwar turut mengambil peluang untuk meninjau keadaan dan aliran trafik di terminal berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai Pembuktian Konsep (POC) Bandar Pintar Labuan di Wisma Perbadanan Labuan iaitu sebuah projek rintis yang dikuasakan oleh teknologi 5.5G di rantau ASEAN.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings