the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPK: Tiada cadangan kawal selia harga sawit Malaysia sebagai produk kawalan kerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengawal selia harga sawit Malaysia sebagai produk kawalan kerajaan buat masa ini berikutan harga sawit di pasaran dipengaruhi oleh faktor asas dan sentimen pasaran yang sentiasa berubah berdasarkan permintaan.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata antara faktor asas yang sentiasa mempengaruhi pergerakan harga minyak sawit mentah (MSM) adalah bekalan minyak sawit dan permintaan terhadap minyak sawit itu sendiri.

“Bekalan minyak sawit yang rendah dan permintaan eksport yang tinggi akan menyumbang kepada peningkatan harga minyak sawit di pasaran,” katanya dalam jawapan bertulis bagi Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen Malaysia hari ini.

Kementerian berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan berhubung langkah jangka panjang bagi mengawal selia harga sawit Malaysia sebagai produk kawalan kerajaan.

Menurut KPK, peningkatan harga minyak kacang soya dan minyak mentah Brent juga akan menyumbang kepada peningkatan harga MSM kerana harga kedua-dua produk bergerak seiringan di pasaran.

Selain itu, menurutnya kementerian sentiasa berusaha memastikan harga MSM kekal stabil pada masa hadapan dengan mengambil langkah-langkah strategik seperti melancarkan kontrak niaga hadapan MSM khusus untuk Malaysia Timur melalui kerjasama dengan Bursa Malaysia, dikenali sebagai Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Malaysia Timur.

Langkah strategik lain termasuk meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit dan produk berasaskan sawit melalui pengukuhan pasaran sedia ada seperti Pakistan, Turkiye, negara-negara Asean dan penerokaan pasaran baharu seperti Benua Afrika, negara Timur Tengah dan Benua Amerika, katanya.

Turut dilaksanakan adalah memperkukuh kerjasama strategik bersama Indonesia menerusi Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bagi memantapkan lagi amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, aktiviti promosi dan pembangunan pekebun kecil. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings