the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kumpulan jenayah terancang OP Jack Sparrow ditumpas, 17 ahli ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan sebuah kumpulan jenayah terancang dengan menahan 17 orang ahlinya dalam satu operasi di empat negeri pada 11 September lalu.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyatakan kumpulan tersebut dipercayai aktif sejak tahun 2023 dengan melakukan pelbagai jenayah kekerasan termasuk pembunuhan serta khianat menggunakan api.

“Tangkapan yang melibatkan individu berusia 19 hingga 44 tahun itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama kerjasama Polis Kontinjen Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” jelasnya dalam sidang media di sini.

Beliau memberitahu perbuatan ganas kumpulan itu pernah menjadi tular di media sosial apabila satu video serangan mereka di Taman Sentosa, Klang telah mengakibatkan kematian.

Pihak polis turut menyiasat kemungkinan penglibatan kumpulan sama dalam kes tembakan di sebuah restoran di Brickfields dan Cheras pada bulan Jun lepas.

Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai 80 rekod jenayah lampau yang merangkumi 34 kes berkaitan dadah.

Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Mohd Khalid berkata kumpulan berkenaan dianggarkan mempunya 33 ahli dan pihaknya sedang mengesan baki anggota kumpulan tersebut yang melibatkan enam individu penting termasuk dalang utama seorang lelaki tempatan.

“Siasatan mendapati motif utama kumpulan ini adalah untuk keuntungan serta perebutan kawasan dan pengaruh, malah ada yang dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah dan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” ujarnya.

Beliau menegaskan kejayaan operasi ini adalah hasil risikan dan penguatkuasaan bersepadu, sekaligus memberi mesej jelas bahawa tiada ruang toleransi terhadap mana-mana kumpulan jenayah yang cuba mencabar undang-undang dan menggugat keselamatan negara. – B

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings