the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
28.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tamatkan kemarau emas sepak takraw Sukan SEA selepas 34 tahun

Skuad sepak takraw negara menewaskan Thailand 2-1 di final, meraih emas pertama regu berpasukan lelaki sejak 1991 di Sukan SEA Bangkok

SOKONGAN padu kerajaan kepada sukan sepak takraw negara membuahkan hasil membanggakan dengan tamatnya kemarau emas regu berpasukan lelaki selama 34 tahun di Sukan SEA 2025.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sokongan itu membina ekosistem sukan warisan melalui liga tempatan, Akademi Sepak Takraw Malaysia dan pentadbiran persekutuan yang lancar.

Beliau gembira skuad negara berjaya menumbangkan musuh tradisi Thailand 2-1 di hadapan penyokong tuan rumah di Gimnasium Nakhon Pathom, Chonburi.

“Ini adalah penantian 34 tahun dan saya betul-betul gembira kerana mereka telah berusaha dengan bagus,” katanya.

Yeoh memuji ketahanan mental pemain yang berjaya mengatasi segala cabaran untuk membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.

Kerajaan menyalurkan peruntukan besar untuk pembangunan sepak takraw melalui Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti.

Peruntukan berjumlah RM9 juta pada 2023, RM8 juta pada 2024 dan RM6 juta tahun ini untuk kerja menaik taraf kompleks sukan di Kuala Lumpur.

Kompleks di Jalan Raja Muda Abdul Aziz akan dinaik taraf menjadi Akademi Sepak Takraw Malaysia.

Mengenai pencapaian badminton, Yeoh percaya banyak penambahbaikan diperlukan untuk membina skuad mantap.

Skuad badminton negara hanya meraih satu emas melalui beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah di Sukan SEA.

Beliau menekankan usaha jitu diperlukan untuk sukan olahraga dan renang yang menawarkan banyak pingat.

Malaysia perlu berdiri sama tinggi dengan kuasa besar lain dalam sukan berprestij tersebut.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories