the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NPE 2 dijangka beroperasi 2029, lancar kesesakan lalu lintas

Projek NPE 2 bernilai RM1.7 bilion dijangka siap 2029, menjimatkan 25 minit perjalanan dari Bangsar ke Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) bernilai RM1.7 bilion dijangka mula beroperasi pada tahun 2029.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek itu melibatkan pembinaan laluan utama sepanjang 6.4 kilometer dari Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana.

Beliau berkata NPE 2 direka bentuk bagi menyuraikan kesesakan di koridor Pantai Dalam-Bangsar-Mahameru.

“Apabila siap kelak, pengguna berupaya menjimatkan hingga 25 minit masa perjalanan dari Bangsar/Mid Valley ke Subang Jaya,” katanya.

Nanta berkata projek ini juga dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat di kawasan Pantai Dalam, Bangsar dan Lembah Pantai.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek NPE 2 di Plaza Tol Pantai Dalam hari ini.

Kos pembangunan projek NPE 2 dibiayai sepenuhnya oleh New Pantai Expressway Sdn Bhd tanpa beban kewangan kepada kerajaan.

“Ini merupakan contoh terbaik kerjasama Awam-Swasta dalam pembangunan infrastruktur mampan,” katanya.

Mengenai sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Nanta berkata setakat ini enam syarikat telah menyatakan minat untuk membida.

Pelaksanaan sistem itu akan dibuat melalui perniagaan ke perniagaan dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

“Kita mahu sistem yang terbaik dan efisien termasuk melibatkan penggunaan kecerdasan buatan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings