the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu lori mengaku tidak bersalah sebabkan kematian kanak-kanak Singapura

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura dan mendatangkan kecederaan kepada dua individu, di Jalan Pantai, Johor Bahru, 16 Mac lepas.

Tertuduh I Muniandy@Ang Ah Leang, 57, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Muniandy didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 44(1)(a) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Noah Saliqin Mohamad Khairuz, 7.

Jika disabit kesalahannya boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun, denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang tujuh tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan, serta kesalahan diendors pada lesen.

Dia juga berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Khairuz Bahrawi, 44, dan Lina Yulianti, 38.

Jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun, denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang tujuh tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan, serta kesalahan diendors pada lesen.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Pantai, Johor Bahru sekitar 10.10 malam pada 16 Mac lalu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah, manakala lesennya digantung sehingga kes selesai, selain tertuduh perlu melapor diri di balai berdekatan sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnam Saleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 April depan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings