the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat warga Bangladesh ditahan disyaki rasuah penguat kuasa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat warga Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi Counter Setting.

Menurut sumber, lelaki berumur 50-an itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang pada 8 malam semalam.

Sumber berkata lelaki berkenaan dipercayai menjadi ejen sindiket dengan memberi rasuah kepada pegawai peguat kuasa bagi membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi Counter Setting.

“Lelaki berkenaan dipercayai memberi rasuah kira-kira RM200 hingga RM25,000 kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah,” katanya.

Selain ejen, sumber berkata lelaki berkenaan turut dipercayai bertindak sebagai orang tengah sejak 2022.

Lelaki terbabit kini direman selama dua hari hingga esok selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap lelaki itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings