the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah di Negeri Sembilan diarah pagar kawasan berisiko

Semua sekolah di Negeri Sembilan diminta pagar kawasan berisiko seperti lubang utiliti bagi mengelak kejadian tidak diingini selepas satu kematian murid

SEREMBAN: Semua sekolah di Negeri Sembilan diminta mengambil tindakan proaktif bagi memastikan kawasan berisiko yang melibatkan penutup lubang utiliti seperti tangki septik ditutup dengan selamat, dipagar dan dihalang sepenuhnya daripada diakses murid.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan negeri Datuk Ismail Lasim berkata ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

“Kita minta semua sekolah ambil tindakan sekiranya terdapat kawasan berlubang dan penutup ringan (penutup utiliti), ambil langkah seterusnya untuk memagar kawasan yang dikenal pasti berlubang dan sebagainya,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau menjawab soalan tambahan mengenai kes kematian seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sekolah baru-baru ini.

Berkaitan kes itu, Ismail berkata Jabatan Kerja Raya menggunakan penutup lubang utiliti jenis fiber yang diyakini keselamatannya dan boleh menahan beban.

Menjawab soalan berkenaan statistik terkini kemalangan di sekolah, beliau berkata rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menunjukkan 22 kes kemalangan yang mengakibatkan kecederaan berlaku dalam kawasan sekolah sejak 2023 hingga tahun ini.

“Bagi memastikan tahap keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan dan terjamin, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan mekanisme penarafan keselamatan yang seragam iaitu Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS) untuk diguna pakai di semua institusi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata data Penarafan Kendiri Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) yang dilaksanakan semua sekolah di bawah KPM menunjukkan keseluruhan sekolah di negeri ini berada dalam keadaan selamat.

Ismail berkata pihak sekolah turut diingatkan supaya terus melaksanakan langkah proaktif dan pencegahan bagi memastikan persekitaran sekolah kekal terpelihara pada setiap masa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings