the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim

SHAH ALAM: Kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat berkenaan untuk didedahkan susulan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet sukan diluluskan sebulat suara pada persidangan lepas.

“Sehingga hari ini kita masih tidak mengetahui apa status kes beliau (Faisal Halim), dan kali terakhir kita dimaklumkan oleh Tuan Speaker DUN (Lau Weng San) telah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan tentang usul yang telah dipersetujui secara konsensus dalam sidang yang lepas,“ katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shafie Ngah (PN-Sungai Ramal) yang ingin tahu perkembangan kes membabitkan tonggak utama Red Giants itu.

Pada persidangan lepas, usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet diluluskan secara konsensus oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang antara lain mendesak supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes berkenaan dan dapatan kes didedahkan untuk pengetahuan awam.

Pada 5 Mei, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, dekat sini menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings