the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor kutip hasil RM2.571 bilion, naik 128 peratus daripada sasaran – MB

KLANG: Selangor berjaya meraih kutipan hasil berjumlah RM2.571 bilion sehingga 6 Disember lepas, meningkat 128 peratus daripada sasaran RM2 bilion yang ditetapkan pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Jumlah berkenaan adalah manifestasi dan bukti kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bagi memacu ekonomi Selangor selain meningkatkan hasil demi manfaat rakyat jelata, katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terus meningkat kepada 25.5 peratus, sekali gus meningkatkan peranannya sebagai negeri penyumbang lebih satu perempat kepada kepada KDNK negara.

“Malah, pencapaian ini menggambarkan keyakinan komuniti pelaburan serta rakyat Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) terhadap sikap dan kebertanggungjawaban kerajaan Tuanku dalam merencanakan dan mengagihkan kekayaan negeri secara efektif dan bersasar,“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sembah ucapan taat setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Amirudin turut berkongi mengenai usaha Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) di kawasan seluas 16,187 hektar yang menyaksikan kerajaan negeri merancang serta memudahcara pembangunan di kawasan baharu di selatan negeri berkenaan.

“Kerajaan Tuanku berhasrat mewujudkan perbandaran baharu di kawasan IDRISS ini sepertimana Shah Alam dan Bangi, terutamanya untuk anak-anak Melayu dan rakyat jelata pelbagai kaum menumpang teduh di bumi Selangor yang bertuah ini,“ katanya.

Selain itu, kerajaan negeri akan memulakan proses Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang akan menggariskan beberapa inisiatif pembugaran ekonomi seperti pembangunan Dron Selangor dan Pusat Kecerdasan Buatan Selangor.

Amirudin berkata kajian itu melibatkan pelan pengukuhan sistem pengangkutan awam dengan membangunkan Jajaran Rel Kita Selangor dari kawasan Klang ke Kuala Selangor dan kemudiannya ke Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi membolehkan rakyat menetap di kawasan Pantai Barat mendapat akses ke atas kawasan ekonomi maju di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings