the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kecuaian dalam kemalangan anak gajah – Polis

IPOH: Tiada sebarang kecuaian berlaku dalam kemalangan sebuah lori kontena melanggar mati seekor anak gajah jantan di Kilometer 80 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lepas, kata Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood.

Beliau berkata siasatan awal mendapati keadaan di kawasan tersebut berkabus kerana kejadian berlaku pada 2.50 pagi.

“Keadaan di sekitar jalan itu juga tiada pencahayaan lampu jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini Zulkifli dilaporkan berkata anak gajah itu dilanggar lori kontena membawa muatan ayam selepas pemandunya berusia 28 tahun tidak sempat mengelak haiwan tersebut yang melintas secara tiba-tiba.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan seekor ibu gajah cuba mengalihkan lori yang merempuh anaknya dan tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih lima jam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings