the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UNRWA: Bantuan makanan Gaza cukup untuk tiga bulan, namun akses disekat

GENEVA: Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Sabtu menggesa sekatan yang menghalang bantuan menyelamatkan nyawa daripada sampai ke Gaza segera ditamatkan, sambil memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai bekalan makanan mencukupi bagi menampung keseluruhan penduduk wilayah itu untuk lebih tiga bulan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“UNRWA mempunyai makanan yang mencukupi untuk seluruh penduduk Gaza selama lebih tiga bulan yang disimpan di gudang, termasuk di Al Arish, Mesir – menunggu untuk dibawa masuk,“ menurut agensi itu menerusi hantaran di platform X.

Walaupun mempunyai bekalan dan sistem logistik yang mencukupi, agensi itu berkata akses bantuan masih disekat.

Kenyataan itu diakhiri dengan rayuan tegas: “Buka pintu masuk, tamatkan sekatan, benarkan UNRWA melaksanakan tugasnya dan membantu mereka yang memerlukan, antaranya sejuta kanak-kanak.”

Israel telah membunuh hampir 59,000 rakyat Palestin setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Rejim itu mengenakan sekatan kemanusiaan penuh ke atas Gaza pada 2 Mac lepas, memutuskan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain kepada lebih dua juta penduduk Palestin di wilayah berkenaan.

Selepas tekanan antarabangsa yang semakin meningkat, Israel mula membenarkan sejumlah kecil bantuan masuk pada akhir Mei. Agensi-agensi PBB tidak lagi dilibatkan, sebaliknya pengagihan bantuan kini dikendalikan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza yang kontroversi, menyebabkan ratusan kematian sejak itu – BERNAMA-ANADOLU

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings