the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada cadangan turun had umur belia Sarawak buat masa ini

KUCHING: Sarawak tidak bercadang untuk menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun buat masa ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata urusan berkaitan belia termasuk dalam senarai bersama yang ditentukan negeri.

Beliau berkata di negeri ini, pengalaman mereka berumur 30 tahun ke atas masih lagi diperlukan terutamanya dalam mengimbangi pengalaman golongan muda dalam persatuan belia seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas).

“Sebagai contoh, ahli Jawatankuasa Saberkas sama ada di peringkat pusat atau cawangan terdiri daripada 70 peratus mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun dan 30 peratus mereka berumur lebih 40 tahun.

“Kita ada sebab-sebab tertentu untuk mengambil mereka yang berumur yang diharap dapat membimbing orang muda terutamanya dalam mengurus aset serta kewangan,” katanya dalam sidang media selepas menggulung perbahasan untuk kementeriannya di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebelum ini mengenai had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.

Had umur belia sekarang ini ialah 40 tahun.

Hannah berkata kerajaan telah menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Jan 2026.

Pindaan itu antara lain melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun sahaja. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings