the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang

GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang hari ini memutuskan penjawat awam di negeri itu kekal bekerja seperti biasa sepanjang bulan Ramadan iaitu pulang pada 4 petang setiap hari.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.

“Berhubung dengan isu sama ada Pulau Pinang akan mengikut Negeri Pahang khususnya di mana penjawat awam boleh balik kerja awal pada hari Jumaat, MMK dah putuskan kekal dengan apa yang ada sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Kapitan Keling di sini malam ini yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sebelum ini, Pahang mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings