the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia “hilang” di luar negara

SEREMBAN: Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan “hilang” di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata bagaimanapun, agak sukar bagi pihaknya mengesan individu berkenaan sekiranya mereka sendiri membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan atau sengaja “menghilangkan diri”.

Mohamad berkata selain menjalinkan hubungan diplomasi antara negara, menjadi tugas Wisma Putra untuk menguruskan dan mengambil tahu hal ehwal rakyat Malaysia di luar negara.

“Masalahnya kadang-kadang, mereka tidak mahu diketahui berada di negara terbabit, jadi bagaimana kita nak buat kerja, sekurang-kurangnya keluarga tahu mereka ada di mana dan boleh menghubungi kami (untuk bawa pulang), jadi tak timbul soal Wisma Putra tak ambil tahu.

“Kita ada banyak saluran dan hubungan, kita boleh guna macam-macam sumber termasuk kedutaan negara terlibat di sini, polis dan Interpol, macam-macam kita boleh buat tapi kalau dah tak tahu, mustahil untuk kita kesan dan beri pertolongan apa jua yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan seorang ibu berusia 77 tahun dari Kulai, Johor memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan anak sulungnya selepas dilaporkan hilang sejak 36 tahun lepas tanpa khabar berita selepas menamatkan pengajian di University of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat.

Mohamad turut menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mendaftar dan memaklumkan kehadiran mereka kepada kedutaan atau pesuruhjaya tinggi di negara berkenaan.

“Mereka mesti berhubung, mendaftar, menghubungi kedutaan supaya kita tahu di negara itu ada sejumlah rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja serta bermastautin, tinggal atau menjadi penduduk tetap,“ katanya.

Mengenai program hari ini, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata ia merupakan aktiviti turun padang pegawai kanan kementerian untuk menyantuni masyarakat, selain mengenal pasti permasalahan atau kemudahan kampung yang perlu dinaik taraf.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings