the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

2 'transporter', 16 pendatang tanpa izin warga Indonesia ditahan di Pontian

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen JIM) Johor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin apabila menahan 18 warga Indonesia termasuk dua ‘transporter’ berstatus penduduk tetap dan pemastautin sementara di Pointian, malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.45 malam di sebuah rumah transit, seramai 15 lelaki dan seorang wanita dan dua bertindak sebagai transporter berusia antara 24 hingga 51 tahun ditahan ketika menunggu masa untuk keluar dari Malaysia melalui lorong tikus di perairan Pontian.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata hasil risikan selama lebih kurang dua minggu telah membawa kepada semua tangkapan dalam Ops Serkap diadakan di daerah tersebut.

”Sindiket berkenaan menyasarkan pendatang tanpa izin yang telah disenarai hitam untuk masuk ke Malaysia dan mahu keluar dari negara ini melalui pantai barat Johor.

“Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM2,500 hingga RM3,500 untuk urusan perjalanan satu hala dan semasa pemeriksaan dijalankan terdapat dua buah kenderaan persendirian yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua 16 pendatang tanpa izin akan dihantar ke negara asal manakala seorang lelaki dan wanita yang berperanan sebagai transporter direman sejak semalam sehingga 22 Nov ini mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings