the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

27 kes kebakaran kenderaan EV dan hibrid direkod sejak 2023 – JBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran yang membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid dari tahun 2023 hingga Julai lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu (gambar) menyatakan purata 10 kes kebakaran setahun direkodkan di seluruh negara meskipun EV dilihat sebagai lebih mesra alam.

Beliau mengakui kebakaran EV merupakan antara cabaran besar kepada JBPM kerana mempunyai risiko tinggi semasa operasi pemadaman.

“Kaedah pemadaman menggunakan selimut api atau fire blanket merupakan antara langkah terbaik memadamkan kebakaran kenderaan elektrik selain menggunakan air dan buih,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara.

JBPM telah memperoleh 318 unit fire blanket bernilai RM915,000 pada tahun ini untuk diagihkan ke balai bomba terpilih di seluruh negara.

Sebanyak 30 unit fire blanket tambahan telah disumbangkan oleh Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar (MyZEVA) dan diagihkan secara berperingkat dari Disember 2024 hingga 13 Mei lalu.

Jabatan itu juga sedang mengkaji penggunaan peralatan khas lain termasuk agen penyejukan atau immersion container sebagai alternatif dalam operasi pemadaman kenderaan elektrik.

Aiman Athirah menjelaskan air merupakan agen penyejukan utama yang digunakan JBPM untuk mengurangkan tahap kepanasan bateri EV.

Penggunaan agen penyejuk lain seperti serbuk kering dan gas lengai adalah tidak sesuai di kawasan terbuka kerana memerlukan konsep total flooding untuk berfungsi dengan berkesan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings