• 2025-07-17 01:15 PM

ALOR SETAR: Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah telah dilantik memangku jawatan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa hari ini. Peralihan kuasa ini susulan pertukaran bekas Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh yang akan melapor diri di Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi).

Majlis serah terima tugas antara Fisol dan Adzli berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Acara tersebut disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Fisol yang berkhidmat di Kontinjen Kedah lebih dua tahun mengucapkan terima kasih atas komitmen anggota polis negeri itu. Beliau menyatakan, “Daerah Kuala Muda mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi di Malaysia pada 2023 dan 2024 tetapi dengan komitmen semua pihak kini ia turun ke tempat ke-15...bukan setakat kemalangan malah dalam membasmi aktiviti dadah.”

Majlis turut menyaksikan acara serah terima jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) antara Datin Norli Ahmad dan Hasnah Sagap- BERNAMA