the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azam Baki cadang TPR terlibat kes dadah direhatkan dari tugas

CYBERJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan mencadangkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang ditahan polis semalam kerana disyaki memiliki dadah direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan dijalankan.

Azam berkata TPR berkenaan baru sahaja melaporkan diri di suruhanjaya itu sebagai pegawai pinjaman dari Jabatan Peguam Negara (AGC) dan insiden berkenaan adalah di luar jangka dan sudah disiasat polis.

Beliau sendiri akan berbincang dan mencadangkan kepada Peguam Negara supaya pegawai ini direhatkan terlebih dahulu untuk tidak menjalankan apa-apa jua pendakwaan kes di mahkamah dan dia pun baru sahaja melaporkan diri kepada SPRM.

Mengulas mengenai proses tapisan kesihatan termasuk ujian saringan dadah dibuat terhadap pegawai terbabit, Azam berkata perkara itu adalah tertakluk kepada prosedur AGC memandangkan individu berkenaan berkhidmat di bawah jabatan tersebut.

Sudah tentu tapisan termasuk ujian saringan dadah dibuat kepada semua penjawat awam termasuk TPR itu.

Ini satu perkara yang pada beliau adalah tindakan pegawai sendiri yang mengambil dadah dan sebagainya, sekiranya ada.

Terdahulu, SPRM mengesahkan seorang TPR yang baru melaporkan diri minggu lepas ditahan polis semalam kerana disyaki memiliki dadah.

SPRM memaklumkan TPR terbabit ditahan di kediamannya dan pemeriksaan polis telah menemukan bahan terlarang disyaki dadah di rumah berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings