the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Selangor lulus penubuhan KWA-KTK untuk pemutihan kilang tanpa kebenaran

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) bagi memperkukuhkan program pemutihan kilang tanpa kebenaran di negeri ini.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ng Suee Lim, menyatakan bahawa penubuhan KWA-KTK penting untuk memastikan tindakan kerajaan diambil serius oleh pengusaha kilang yang beroperasi di kawasan tidak sesuai.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menyediakan data berpusat bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemulihan yang lebih efektif.

“Untuk rekod, setakat 30 Jun lepas, sebanyak 4,305 aduan berkaitan kilang tanpa kebenaran telah direkodkan di seluruh Selangor,“ katanya semasa menggulung perbahasan usul resolusi penubuhan KWA-KTK di persidangan DUN Selangor.

Ng turut menegaskan bahawa KWA-KTK akan digunakan bagi menanggung kos penguatkuasaan, termasuk program libat urus dan publisiti berkaitan kilang haram di Selangor.

“Ia juga bagi menampung perbelanjaan mengadakan program libat urus dan publisiti yang berkaitan secara langsung dengan tujuan Kumpulan Wang Amanah itu serta lain-lain aktiviti yang secara langsung melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran di Selangor,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings