Your Title

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini.

Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.

Menurut kenyataan kementerian pada Jumaat, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat,“ menurut kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra.

Kementerian juga komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Lubnan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,“ menurut kenyataan itu.