the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FPDA kekal relevan hadapi cabaran keselamatan moden – Ketua pertahanan

SINGAPURA: Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang ditubuhkan 54 tahun lalu oleh United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura, kekal relevan dengan menyesuaikan diri terhadap cabaran keselamatan semasa, menurut kenyataan bersama ketua pertahanan negara anggota pada Khamis.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata latihan di bawah FPDA telah berkembang merangkumi elemen bukan konvensional seperti keselamatan maritim, antikeganasan, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, sebagai pelengkap kepada latihan besar-besaran konvensional yang dijalankan secara berkala.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Ketua Pertahanan FPDA ke-23 (FDCC) yang dihoskan oleh Singapura di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Persidangan tahun ini dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Pertahanan Singapura Laksamana Madya Aaron Beng dan disertai oleh rakan sejawatannya: Laksamana David Johnston (Australia), Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, Marsyal Udara Tony Davies (New Zealand) dan Laksamana Sir Tony Radakin (United Kingdom).

FDCC, yang dihoskan secara bergilir oleh Singapura dan Malaysia, adalah forum ketenteraan profesional tertinggi dalam FPDA dan menjadi platform utama untuk dialog serta pertukaran pandangan dalam kalangan ketua pertahanan.

Persidangan sebelumnya pada 2023 dihoskan oleh Malaysia.

Dalam persidangan tahun ini, ketua pertahanan membincangkan kepentingan mengekalkan FPDA sebagai entiti yang relevan dan mengiktiraf sumbangan berterusannya terhadap keamanan dan keselamatan serantau.

“Sejajar dengan ini, ketua pertahanan mengesahkan bahawa latihan konvensional kekal sebagai tunjang utama kerjasama FPDA, meningkatkan keupayaan kerjasama antara tentera negara anggota dan mengukuhkan hubungan pelbagai hala,” menurut kenyataan itu.

Mereka juga menegaskan komitmen berterusan terhadap FPDA dan prinsip penubuhannya, dengan menekankan kepentingannya yang berterusan dalam landskap keselamatan yang sentiasa berubah.

Ketua pertahanan turut menzahirkan harapan terhadap Latihan BERSAMA LIMA 2025, yang akan menampilkan siri latihan pertempuran canggih dan aset generasi baharu seperti pesawat F-35 Australia dan Carrier Strike Group dari United Kingdom.

“Kemasukan keupayaan generasi baharu mencerminkan kesatuan dan kekuatan FPDA serta menegaskan komitmen berterusan negara anggota dalam memperkukuh nilai operasi latihan FPDA,” tambah kenyataan itu.

Dalam persidangan itu, ketua pertahanan juga mengeluarkan Arahan Konsep Latihan FPDA 2025 dan meluluskan pelan hala tuju lima tahun bagi kemajuan FPDA.

Arahan dan pelan hala tuju itu akan memandu pembangunan latihan dan inisiatif FPDA, sekali gus memperkukuh keupayaannya dalam operasi konvensional dan bukan konvensional.

Ketua pertahanan berkenaan turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing, sebelum persidangan bermula.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings