the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelinciran cerun di Pangsapuri Taman Cheras Mas

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dipercayai mengakibatkan kejadian gelinciran cerun setinggi 30 meter berhampiran Pangsapuri Taman Cheras Mas di sini, petang semalam (Nov 25).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang bagi melakukan pemantauan.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan tiada berlaku risiko bahaya kepada orang ramai selain bagi melakukan kerja-kerja memasang sawar di cerun itu untuk menghalang orang awam mendekati lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jarak lokasi kejadian dengan pangsapuri berkenaan dianggarkan 30 hingga 45 meter, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Menurut Wan Md Razali kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, penduduk pangsapuri berkenaan, Yong Ah Kew, 65 menyifatkan insiden itu antara yang serius selepas beberapa kejadian sama berlaku pada Jun lepas.

“Gelinciran tanah disedari mula berlaku pada pukul 2 dan 5 pagi tadi ketika saya sedang tidur apabila dikejutkan dengan dentuman kuat dan runtuhan batu,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian malam tadi.

Lim Cheng San, 64, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian itu kira-kira 7 pagi tadi ketika hendak keluar membeli makanan.

Lim yang juga ketua blok pangsapuri terbabit berkata runtuhan kecil pernah berlaku di kawasan terbabit dan penduduk telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk pemantauan.

“Ramai kanak-kanak selalu bermain berhampiran kawasan runtuhan pada waktu petang dan saya bersyukur kejadian ini tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa,” katanya yang sudah lebih 10 tahun mendiami pangsapuri berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings