the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Golongan 50 tahun ‘sasaran berkualiti’ sindiket penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mendedahkan nilai kerugian yang dialami mangsa jenayah sindiket penipuan berusia 50 tahun ke atas adalah tertinggi berbanding kelompok umur yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sepanjang 2022 hingga tahun lepas, 59,974 individu menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian dan daripada jumlah tersebut, 11,157 mangsa atau 18.6 peratus adalah dalam kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Beliau berkata trend hampir sama dicatatkan tahun ini iaitu daripada 33,549 kes penipuan dalam talian direkodkan hingga 15 Dis lepas, seramai 8,022 mangsa atau 24 peratus berusia 50 tahun ke atas.

Nilai kerugian akibat kes penipuan dicatatkan bagi 2022 dan 2023 adalah kira-kira RM2 bilion, katanya.

“Walaupun bilangan mangsa dalam kalangan umur ini (50 tahun ke atas) rendah berbanding kelompok umur yang lain, namun kerugian kelompok umur itu pada 2022 dan 2023 adalah lebih RM900 juta bersamaan 44 peratus berbanding jumlah keseluruhan kerugian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini, semalam.

Ramli berkata bagi tahun ini setakat 15 Dis lepas, kerugian melibatkan mangsa berumur 50 tahun ke atas mencecah RM780 juta atau 54 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan iaitu RM1.45 bilion.

Dapatan ini katanya menjelaskan mengapa golongan lebih berusia menjadi ‘sasaran berkualiti’ kepada sindiket penipuan dan oleh itu mereka diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan dalam talian.

“Polis juga menyeru agar informasi jenayah komersial khususnya modus operandi penipuan dalam talian dapat dikongsikan kepada semua golongan khususnya ibu bapa kita, ahli keluarga, kenalan, jiran tetangga serta jadikan topik ‘scammer’ ini sebagai satu perbincangan bagi mengelak daripada menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ramli berkata PDRM merekodkan 6,909 kes penipuan e-dagang melibatkan nilai kerugian RM62 juta dalam tempoh Januari hingga 15 Dis lepas.

Ramli berkata penipuan yang berpunca daripada iklan menerusi laman Facebook mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,457 kes, diikuti Whatsapp dengan 1,168 kes, TikTok (800 kes) dan Telegram (771 kes).

“Dalam keghairahan sebahagian kita menyambut musim perayaan dan cuti sekolah pada minggu hadapan, saya percaya ramai yang telah mula membeli kelengkapan perayaan seperti pakaian baharu, perabot dan sebagainya.

“Tentunya, pembelian secara dalam talian akan menjadi salah satu pilihan. Justeru, sebagai langkah pencegahan, pembeli dalam talian adalah diingatkan untuk mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings