the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR: Ibu kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah Muhamad Mat Yakim melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.

“Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi di HSB,” katanya.

Solat jenazah dan pengebumian dijangka diadakan di Sik, petang ini.

Sebelum ini media melaporkan Allahyarham menerima rawatan di ICU HSB sejak Isnin.

Allahyarham yang berusia 74 tahun dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dan ditidurkan sejak Isnin,

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkongsi berita itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

“Saya ingin merakam ucapan takziah kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi atas pemergian bonda yang amat disayangi. Tidak tergambar kesedihan dan keperitan jiwa apabila kita kehilangan bonda yang menjadi ratu dalam hidup.

“Didoakan agar Datuk Seri Muhammad Sanusi tabah, sabar dan cekal. Marilah kita berdoa agar Almarhumah Hajjah Meriam Ahmad diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A’lamin,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oriental Interest to acquire Chin Hin, CHJ Motor Holdings for RM280m

Oriental Interest plans to build a new growth engine through the acquisition of two Kedah-based motorcycle retail and financing companies, with future expansion expected through additional acquisitions and new financing products.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings