• 2025-10-16 06:53 PM

ALOR SETAR: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah memulakan proses siasatan dalaman terhadap kes rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh di sebuah sekolah di negeri itu.

JPN Kedah akan mengambil tindakan tegas membuang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes tersebut.

Kenyataan JPN Kedah hari ini memaklumkan bahawa jabatan itu mengambil serius kes berkenaan.

JPN Kedah telah mula mengambil tindakan dengan kes ini sedang berada dalam siasatan polis dan semua suspek telah ditahan reman.

JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan oleh pihak polis.

Tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa rogol tersebut.

Tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian sewajarnya.

Menurut JPN Kedah, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan.

Kementerian sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah di Baling. – Bernama