SERDANG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkenalkan konsep ‘Smart Village’ sebagai usaha memperkasakan potensi dan keupayaan komuniti desa dalam aspek teknologi moden sekali gus memantapkan pembangunan ekonomi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata projek rintis ‘Smart Village’ KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.

“Tiga kampung akan dipilih sebagai projek rintis Smart Village iaitu satu lagi inisiatif baharu yang akan diperkenalkan KKDW yang memfokuskan tentang penggunaan teknologi di kampung-kampung di luar bandar.

“(Ia untuk pembangunan) teknologi moden dalam pembangunan ekonomi dan juga pengurusan kampung khasnya pengurusan data misalnya setiap data kampung itu di hujung jari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian ADM 2024 di sini.

Pada ADM 2024, sebanyak 42 kampung terpilih sebagai pemenang dengan Johan pertandingan membaw