the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM tubuh pasukan petugas khas siasat kematian pakar perubatan patologi

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan satu pasukan petugas khas yang akan berkuat kuasa pada 10 Okt bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu selaras dengan pendirian tegas KKM yang tidak bertolak ansur dengan perlakuan buli di tempat kerja.

Beliau berkata pasukan terdiri lima ahli bebas yang berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, psikiatri, patologi, kesihatan mental serta perlakuan buli itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah.

Mereka ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Dr Azman Abu Bakar dan Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang juga bekas Penasihat Undang-Undang KKM Datuk Mohamad Fazin Mahmud.

Ahli lain termasuk Pakar Patologi dan Perunding Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Ulung Datuk Dr Looi Lai Meng dan Pakar Perunding Kanan (Psikiatri) di Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Chan Lai Fong.

Dzulkefly berkata tugasan pasukan berkenaan merangkumi melaksanakan siasatan dan menganalisis input daripada siasatan insiden kematian secara khusus serta meneliti budaya kerja di Hospital Lahad Datu.

“Mereka akan mengenal pasti dan mengesahkan sama ada wujud perlakuan buli di Hospital Lahad Datu secara umum dan di Jabatan Patologi Hospital Lahad Datu secara khusus dan mengenal pasti jenis perlakuan buli yang cenderung berlaku di KKM serta faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada perlakuan berkenaan.

“Mereka juga akan menyediakan laporan hasil siasatan berkaitan insiden kematian Pakar Perubatan Patologi Kimia di Lahad Datu serta cadangan penambahbaikan bagi mencegah dan menangani perlakuan buli di fasiliti kesihatan dalam masa tiga bulan dari tarikh penubuhan,” katanya.

Dilaporkan seorang pakar di hospital itu ditemukan mati di kediamannya di Lahad Datu pada 29 Ogos lepas dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar siasatan penuh dilakukan berhubung insiden berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Uprising stars tee off at PGM Penang Closed Championship

During the Monday Qualifier today, Afdlin Mikhail and Zubair Firdaus top the leaderboard at one under par (-1). Another eight players earned their spot to play in this week Championship.

HK Government’s Talent Admission Schemes Accelerate Demand in International Education Market: For You Education...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - As the Hong Kong government's various talent admission schemes continue to deepen, a significant wave of high-achieving elite families has settled in the city.

Hong Kong unlocks new opportunities with Central Asia

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Led by Chief Executive of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR), John Lee, a high-level delegation visit to Kazakhstan and Uzbekistan (May 31 - June 5) is already paying dividends, forging fresh opportunities to deepen ties between Central Asia, Hong Kong and the Chinese Mainland.

Sow Fertility’s Medical Advisor Prof. Liona Poon Honoured as a JESSICA Most Successful Woman...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Sow Fertility, a Hong Kong-based fertility and family-building benefits platform, congratulates its Medical Advisor, Professor Liona Poon, on being named one of JESSICA's Most Successful Women 2026, an annual recognition celebrating women across Hong Kong and Asia whose leadership is reshaping their industries.

NAMAA Emerges from Stealth with 150 Facilities and a Long-Term Commitment to Middle East...

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 – NAMAA, a real estate technology group that builds infrastructure to scale food delivery and production and a part of the wider ATOMS Group, has publicly introduced its Middle East food infrastructure portfolio.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings