the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM johan keseluruhan World Robot Olympiad 2023

KUALA LUMPUR: Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) muncul johan keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 di Panama City, Panama, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam capaiannya di Facebook berkata kemenangan itu adalah penghormatan buat Malaysia yang menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas antarabangsa.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kontinjen negara yang diwakili oleh 49 orang peserta dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya.

Fadhlina berkata kejayaan itu merupakan kejuaraan kali ke-11 daripada 19 kali penyertaan Malaysia dalam WRO.

Pasukan negara berjaya meraih empat pingat emas dan dua pingat perak daripada keseluruhan tujuh kategori yang dipertandingkan tahun ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings