the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM akan memudah cara pembukaan lebih banyak taska

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memudah cara pembukaan lebih banyak taska berdaftar dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia memiliki ramai anak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu selain memastikan penyaluran subsidi yuran pengasuhan kepada mereka yang layak bagi meningkatkan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di negara ini.

“Ekonomi menjadi salah satu faktor utama kepada penurunan (TFR) ini kerana ramai terutamanya golongan muda merancang kehidupan dan memikirkan mengenai tempat penjagaan anak-anak dan kos taska.

“Kita cuba memainkan peranan dengan bekerjasama untuk memastikan lebih banyak taska di sesuatu tempat kerana ia boleh menyumbang kepada mereka untuk (membuat keputusan) mempunyai anak atau tidak,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM6) 2024 pada Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2024 di sini hari ini.

Mengulas mengenai KPKM6 bertemakan ‘Suara Keluarga, Masa Depan Negara’ yang dilaksanakan bermula bulan ini hingga Disember depan, Nancy berharap ia dapat membantu meningkatkan semula TFR di Malaysia.

Beliau berkata kajian yang dijalankan setiap 10 tahun sejak 1974 itu bertujuan menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosioekonomi penduduk Malaysia.

Nancy berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan melawat lebih 37,550 kediaman terpilih di seluruh negara sepanjang tempoh kerja lapangan.

Beliau berkata LPPKN mensasarkan lima kategori responden iaitu wanita dan lelaki pernah berkahwin berumur 15 hingga 59 tahun, remaja belum pernah berkahwin berumur 13 hingga 24 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan penduduk bujang berumur 25 hingga 59 tahun.

Terdahulu dalam ucapannya, Nancy berkata berdasarkan Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), TFR di Malaysia menunjukkan penurunan semakin ketara daripada 2.1 anak pada 2010 kepada 1.6 anak pada 2022.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings