• 2025-07-11 02:59 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur, lapor agensi berita Rusia, TASS.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini mengadakan perbincangan komprehensif pada 10 Julai, yang berlangsung kira-kira satu jam.

Bagaimanapun, pertemuan pada Jumaat hanya pertemuan singkat dan bersifat santai.

Rakaman yang dikeluarkan Kementerian Luar Rusia memaparkan suasana mesra antara kedua-dua pemimpin, dengan Lavrov kelihatan tersenyum manakala Rubio menepuk bahunya.

Mereka turut dilihat berjabat tangan sebelum mengakhiri pertemuan itu.- BERNAMA-TASS