the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan PM Anwar beri dorongan baharu kepada hubungan Malaysia-India, kata Pesuruhjaya Tinggi

NEW DELHI: Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi baru-baru ini memberi dorongan baharu kepada hubungan Malaysia-India, memandangkan kedua-dua negara berusaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 25 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Lawatan itu menandakan satu pencapaian penting apabila hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos, katanya pada majlis resepsi Hari Kebangsaan Malaysia di New Delhi pada Isnin.

“Hubungan perdagangan kita yang mencecah hampir US$20 bilion pada 2023, dijangka terus berkembang dengan matlamat untuk mencapai US$25 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang,“ katanya.

Sementara itu, penubuhan Majlis Digital Malaysia-India juga membuka potensi kerjasama lebih erat dalam bidang seperti keselamatan siber, kecerdasan buatan, dan infrastruktur awam digital, kata Muzafar.

Majlis resepsi itu dihadiri oleh kira-kira 300 orang, termasuk ketua-ketua perwakilan diplomatik ASEAN, duta-duta negara lain dan pegawai kerajaan.

Para tetamu turut menyaksikan persembahan kebudayaan tradisional Malaysia oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang melanjutkan pengajian di Universiti KLE di Karnataka, selatan India.

Setiausaha timur di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India, Jaideep Mazumdar menekankan minat yang mendalam yang dipamerkan kedua-dua pihak dan penglibatan peringkat tinggi untuk memperkukuhkan hubungan termasuk pertukaran antara rakyat dan pelancongan.

Beliau turut menggalakkan ahli perniagaan di India dan Malaysia untuk memanfaatkan hubungan yang semakin berkembang ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings